Kenanga Super App akses mudah pelaburan, ciptaan kekayaan

Kenanga Super App akses mudah pelaburan, ciptaan kekayaan. [Newspaper] (2022)



Abstract

KUALA LUMPUR: Kenanga Investment Bank Bhd dijangka memperkenalkan Kenanga Super App pada suku pertama tahun depan bagi memudahkan akses pelaburan dan penciptaan kekayaan kepada pelabur sedia ada dan berpotensi.
Pengarah Urusan Kumpulannya, Datuk Chay Wai Leong, berkata aplikasi digital super itu akan mengintegrasikan semua produk perkhidmatan kewangan dan gaya hidup yang ditawarkannya secara berpusat. Beliau berkata, aplikasi itu akan menjadi platform digital sehenti untuk penyelesaian kewangan dan kekayaan komprehensif yang memenuhi semua peringkat selera risiko. "Sebagai bank pelaburan di Malaysia dengan pengalaman hampir 50 tahun dalam pengurusan kekayaan, Kenanga dalam kedudukan untuk menjadikan pelaburan dan penciptaan kekayaan boleh diakses dengan mudah menerusi satu platform sehenti.

Item Type: Newspaper
Keywords: Pengurusan pelaburan, Produk kewangan, Aplikasi digital, Platform pembrokeran
Taxonomy: By Subject > Business & Management > Finance
Local Content Hub: Subjects > Business & Management
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 13 Feb 2023 09:21
Last Modified: 13 Feb 2023 09:21
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item