Pasaran saham tempatan kembali jadi tumpuan pelabur asing

Pasaran saham tempatan kembali jadi tumpuan pelabur asing. [Newspaper] (2022)



Abstract

KUALA LUMPUR: Pasaran ekuiti tempatan dijangka terus menjadi tumpuan pelabur asing pada tahun ini selepas merekodkan aliran masuk bersih kira-kira RM6.2 bilion dari Januari hingga Julai lalu. Pengerusi Bursa Malaysia Bhd, Tan Sri Abdul Wahid Omar, bagaimanapun berkata di sebalik peningkatan itu, beliau percaya pasaran saham tempatan masih tidak mampu untuk kembali seperti ke prestasi sebelum pandemik COVID-19. Katanya, walaupun pegangan saham asing dalam pasaran ekuiti tempatan kekal stabil di atas 20 peratus, angka itu telah berkurangan kepada 20.2 peratus pada tahun ini berbanding tahap prapandemik sebanyak 22.3 peratus pada 2019. "Prestasi indeks penanda aras FBM KLCI, yang ketika ini hanya melepasi paras 1,500 mata juga perlu dipertingkatkan, bagi membolehkan pasaran kita yang lebih meluas menjadi menarik kepada pelabur.

Item Type: Newspaper
Keywords: Pelaburan, Pasaran saham, Pelabur asing
Taxonomy: By Subject > Business & Management > Finance
Local Content Hub: Subjects > Business & Management
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 13 Feb 2023 09:26
Last Modified: 13 Feb 2023 09:26
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item