Hutan Simpan Pasoh jadi tapak penyelidikan antarabangsa

Hutan Simpan Pasoh jadi tapak penyelidikan antarabangsa. [Newspaper] (2022)



Abstract

SEREMBAN - Hutan Simpan Pasoh di Jelebu seluas 1,800 hektar akan dibangunkan menjadi tapak penyelidikan hutan tropika antarabangsa di negara ini. Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, ia selaras dengan keputusan dibuat semasa Mesyuarat Lembaga Perhutanan Negeri Sembilan di Pusat Penyelidikan Hutan Pasoh pada Selasa. "Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan menjalinkan kerjasama dengan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) untuk menjadikan Hutan Simpan Pasoh sebagai satu tapak antarabangsa bagi penyelidikan hutan tropika. "Kita mahu wujudkan pusat penyelidikan yang lebih baik, moden malah kerjasama ini diharapkan menjadi pusat kecemerlangan bagi penyelidikan universiti tempatan dan antarabangsa," katanya dalam dalam sidang akhbar selepas selesai mempengerusikan Mesyuarat Exco Mingguan di Wisma Negeri pada Rabu.

Item Type: Newspaper
Keywords: Hutan tropika, Alam semulajadi, Penyelidikan, Hidupan liar
Taxonomy: By Subject > Architecture, Planning & Surveying > Park Amenities
Local Content Hub: Subjects > Architecture, Planning & Surveying
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 11 Apr 2023 07:08
Last Modified: 11 Apr 2023 07:17
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item