Kota Lukut perlu ‘nafas’ baharu

Kota Lukut perlu ‘nafas’ baharu. [Newspaper] (2022)



Abstract

PORT DICKSON: Lokasi bersejarah, Kota Lukut di Lukut dekat sini memerlukan ‘nafas’ baharu dalam usaha menarik kehadiran pengunjung ke lokasi tersebut. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lukut, Choo Ken Hwa berkata, selain tarikan tinggalan sejarahnya seperti runtuhan tapak istana dan tembok susunan batu, Kota Lukut dilihat memerlukan mercu tanda baharu sebagai satu lagi daya tarikan pelancong. “Saya berpandangan, Kota Lukut memerlukan satu binaan mercu tanda yang menjadi tempat untuk orang ramai merakam gambar kenang-kenangan mereka. “Perkara ini telah saya usulkan kepada Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan dan juga Pejabat Daerah dan Tanah Port Dickson untuk melihat kesesuaiannya sebagai satu lagi usaha menarik pengunjung ke Kota Lukut,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam. Sementara itu, mengulas mengenai isu Kota Lukut yang dilaporkan berada dalam keadaan terbiar dan tidak terjaga, Ken Hwa berkata, ia akan diselesaikan selepas kontraktor pembersihan dan penyelenggaraan yang dilantik dijangka memulakan tugas pada bulan depan.

Item Type: Newspaper
Keywords: Lokasi bersejarah, Mercu tanda, Kebersihan
Taxonomy: By Subject > Architecture, Planning & Surveying > Park Amenities
Local Content Hub: Subjects > Architecture, Planning & Surveying
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 13 Apr 2023 06:47
Last Modified: 13 Apr 2023 06:47
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item