Penggunaan basikal, skuter elektrik di kawasan pelancongan masih dikaji

Penggunaan basikal, skuter elektrik di kawasan pelancongan masih dikaji. [Newspaper] (2022)



Abstract

Melaka: Kebenaran penggunaan basikal dan skuter elektrik di jalan raya khususnya di sekitar kawasan tumpuan pelancongan di Banda Hilir di sini masih di peringkat kajian membabitkan pelbagai aspek termasuk keselamatan serta perundangan.
Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) Datuk Zainal Abu berkata kajian berkenaan juga melibatkan beberapa pihak berkuasa lain seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan beberapa pihak badan bukan kerajaan. "Secara dasarnya kita bersetuju tentang penggunaan basikal dan skuter elektrik kerana ia selaras dengan hasrat kerajaan negeri ke arah negeri hijau, tetapi banyak aspek perlu diambil kira kerana Melaka adalah negeri pelancongan dan kesesakan sering berlaku pada hujung minggu atau cuti panjang. "Antara aspek yang perlu kita kaji ialah laluan khas bagi penggunaan basikal dan skuter elektrik supaya tidak mengganggu kenderaan lain sekali gus kemalangan dapat dielakkan... kita juga perlu melihat jarak serta kelebaran laluan khas berkenaan," katanya.

Item Type: Newspaper
Keywords: Kawasan tumpuan, Kemudahan awam, Laluan khas, Amenities, Pedestrian walkway
Taxonomy: By Subject > Architecture, Planning & Surveying > Park Amenities
Local Content Hub: Subjects > Architecture, Planning & Surveying
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 13 Apr 2023 08:35
Last Modified: 13 Apr 2023 08:35
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item