NAEZ di Chuping perkasa sekuriti makanan negara

NAEZ di Chuping perkasa sekuriti makanan negara. [Newspaper] (2022)



Abstract

KANGAR: Kerajaan negeri sedang membangunkan Zon Ekonomi Agribio Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NAEZ) bagi memperkasakan sekuriti makanan negara. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian negeri, Nurulhisyam Yaakob berkata, NAEZ dibangunkan dengan kerjasama Pihak Berkuasa Koridor Utara (NCIA) diterajui sektor swasta. Menurut beliau, NAEZ menyasarkan lebih RM2.5 bilion pelaburan dan 2,000 peluang pekerjaan sekali gus meningkatkan produktiviti serta daya saing rantaian nilai industri pertanian. “Projek ini turut melibatkan sektor hiliran dan huluan pertanian, penyelidikan, pembangunan dan pengkomersialan, modal insan dan aspek pembiayaan projek. “NAEZ dibangunkan di Chuping adalah sebahagian daripada jaringan pertanian utama NAEZ Chuping-Bukit Kayu Hitam dengan FGV Holdings Berhad (FGV) dan juga rakan strategik utama berskala besar dalam membangunkan NAEZ Chuping melalui Chuping Agro Valley (CAV),” katanya dalam sidang Dewan Undangan negeri (DUN) Perlis di sini hari ini.

Item Type: Newspaper
Keywords: hidroponik, Industri pertanian, Integrasi, Hab pertanian
Taxonomy: By Subject > Plantation & Agrotechnology > Plantation and Agribusiness Management
Local Content Hub: Subjects > Plantation & Agrotechnology
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 13 Apr 2023 08:52
Last Modified: 13 Apr 2023 08:52
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item