KPWKM kerjasama dengan MAFI lahirkan wanita ceburi pertanian hidroponik

KPWKM kerjasama dengan MAFI lahirkan wanita ceburi pertanian hidroponik. [Newspaper] (2022)



Abstract

BACHOK: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan bekerjasama dengan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) menerusi projek tanaman sayur secara hidroponik dan tanaman hijau khusus untuk golongan wanita. Menterinya, Datuk Seri Rina Mohd Harun, berkata perbincangan dan penelitian mengenai projek itu dilakukan dari semasa ke semasa bersama MAFI bagi memperkasakan wanita dalam bidang keusahawanan melalui pelbagai program, insentif serta latihan yang dianjurkan agensi kerajaan dan swasta. "Kerajaan banyak menyediakan platform kepada usahawan wanita ini untuk terus membangun seterusnya merancakkan ekonomi keluarga dan negara. Fokus juga diberikan kepada usahawan wanita kecil terutamanya suri rumah dan ibu tunggal kerana golongan ini memerlukan sumber pendapatan yang boleh dijana dari rumah," katanya. Beliau berkata demikian, selepas merasmikan Program Tinjauan Projek Tanaman Sayur Secara Hidroponik dan Tanaman Hijau oleh Komuniti Wanita di Rumah Tamu Bachok di Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) di Beris Kubor Besar di sini, hari ini.

Item Type: Newspaper
Keywords: Hidroponik, Tanaman sayuran, Pertanian moden, Usahawan wanita
Taxonomy: By Subject > Plantation & Agrotechnology > Plantation and Agribusiness Management
By Subject > Plantation & Agrotechnology > Agriculture Technology
Local Content Hub: Subjects > Architecture, Planning & Surveying
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 13 Apr 2023 09:06
Last Modified: 13 Apr 2023 09:06
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item