LKE Hydroponic Farm tarikan ekopelancongan baharu

LKE Hydroponic Farm tarikan ekopelancongan baharu. [Newspaper] (2022)



Abstract

PETALING JAYA: LKE Group Sdn. Bhd. melancarkan LKE Hydroponic Farm sebagai kebun pelancongan eko pertama di Bentong, Pahang yang memanfaatkan sistem hidroponik secara efektif untuk penghasilan tanaman segar demi menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.Pengasas Bersama dan Pengarah Urusan LKE Group Sdn. Bhd., Jeremy Chin berkata, walaupun berdepan kesukaran akibat pandemik, kini pihaknya bersedia menjemput para pengunjung dari seluruh dunia apabila Malaysia membuka pintu sempadan nanti. “Kerja-kerja yang kami jalankan di sini adalah penting untuk pertumbuhan industri pertanian di Malaysia, juga untuk ekosistem bumi. “Jadi, kami berharap dapat memberi inspirasi kepada pemain-pemain industri untuk menggunakan amalan-amalan inovatif yang mampu meningkatkan kecekapan dan produktiviti untuk hasil yang lebih baik, berdasarkan pendekatan saintifik. “Dengan itu, ekonomi Malaysia akan berkembang secara signifikan dan kita lebih dekat untuk memenuhi Matlamat Pembangunan Mampan menjelang 2030,” katanya dalam kenyataan.

Item Type: Newspaper
Keywords: Hidroponik, Tanaman sayuran, Kebun pelancongan, Industri pertanian
Taxonomy: By Subject > Plantation & Agrotechnology > Plantation and Agribusiness Management
By Subject > Plantation & Agrotechnology > Agriculture Technology
Local Content Hub: Subjects > Architecture, Planning & Surveying
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 13 Apr 2023 09:08
Last Modified: 13 Apr 2023 09:08
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item