Meneliti Hubungan Jihad Perniagaan dengan Pencapaian Usahawan Muslim Berjaya di Malaysia

Meneliti Hubungan Jihad Perniagaan dengan Pencapaian Usahawan Muslim Berjaya di Malaysia. Jurnal Pengurusan (UKM Journal of Management), 44: 11141. pp. 81-91. ISSN 01272713 (2015)



Abstract

Kajian ini bertujuan mengkaji hubungan antara jihad perniagaan dengan pencapaian usahawan Muslim berjaya di Malaysia. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengetahui kesahihan konstruk jihad perniagaan dengan mengetahui sejauh mana instrumen kajian mengesahkan definisi operasi dan mengesahkan butiran yang paling sesuai dengan dimensi. Terdapat empat dimensi utama di dalam kajian ini iaitu dimensi jihad melawan hawa nafsu, jihad ilmu, jihad harta dan jihad manusiawi yang terdiri daripada 23 butiran. Hasil daripada analisis faktor mendapati hanya terdapat dua dimensi yang kekal di dalam faktor jihad perniagaan iaitu dimensi jihad harta dan dimensi jihad manusiawi dengan mengabaikan sebanyak 16 butiran daripada 23 butiran yang dibincangkan. Nilai kebolehpercayaan bagi jihad harta ialah 0.73 dan nilai kebolehpercayaan bagi jihad manusiawi ialah 0.71. Hasil analisis korelasi dan regresi menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan di antara jihad harta dan jihad manusiawi dengan pencapaian usahawan Muslim di Malaysia.

Item Type: Article
Keywords: Usahawan Muslim, Jihad perniagaan, Muslim entrepreneur, Property, Business jihad
Taxonomy: By Subject > Entrepreneurship > Business Fundamentals
Local Content Hub: Subjects > Entrepreneurship
Depositing User: Bahroni Moojee
Date Deposited: 18 Jun 2020 01:30
Last Modified: 18 Jun 2020 01:30
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item