Jualan Murah Keluarga Malaysia @ DE-Dagang tawar harga murah secara dalam talian

Jualan Murah Keluarga Malaysia @ DE-Dagang tawar harga murah secara dalam talian. [Newspaper] (2022)



Abstract

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan melaksanakan program Jualan Murah Keluarga Malaysia @ DE-Dagang, yang membolehkan rakyat membeli barangan pada harga lebih murah secara dalam talian.
Program itu memberikan diskaun pembelian secara dalam talian, dikendalikan oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dengan kerjasama 17 platform e-dagang terpilih dari luar negara dan tempatan. Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa, berkata program itu akan berlangsung selama empat bulan, bermula akan bermula Sabtu ini hingga Disember depan, dengan peruntukan dana kerajaan sebanyak RM300 juta bagi pelaksanaannya. Katanya, program berkenaan tidak tertumpu kepada jualan barangan basah sahaja, sebaliknya diperluaskan pada perkhidmatan lain yang membabitkan perbelanjaan rakyat, termasuk pelancongan, produk kraf, halal, pertanian dan barangan Malaysia yang ingin dijual ke luar negara.

Item Type: Newspaper
Keywords: Platform e-dagang, Pembelian secara dalam talian, Diskaun
Taxonomy: By Subject > Business & Management > Marketing
Local Content Hub: Subjects > Business & Management
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 30 May 2023 03:55
Last Modified: 30 May 2023 03:55
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item