Sidec lancar Anugerah Peniaga E-Dagang Utama Malaysia edisi ketujuh

Sidec lancar Anugerah Peniaga E-Dagang Utama Malaysia edisi ketujuh. [Website] (2022)



Abstract

SHAH ALAM: Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (Sidec) hari ini merasmikan pelancaran Anugerah Peniaga E-dagang Utama Malaysia (Top ECM) 2022 bagi terus memperkasakan dan meraikan keusahawanan digital.
Top ECM yang memasuki edisi ketujuh itu disokong Affin Bank Berhad (Affin Bank) sebagai penaja utama dengan kerjasama platform e-dagang SUBPLACE yang antara lain mengiktiraf peniaga yang memanfaatkan platform e-dagang untuk pemasaran produk dan perkhidmatan dalam talian, di samping menyaksikan pertumbuhan cemerlang dalam jumlah jualan industri e-dagang sejak enam tahun lalu. “Sama seperti bagaimana kita terpaksa menyesuaikan diri dengan pelbagai norma baharu, peniaga tradisional dan yang baru muncul juga perlu menyamakan kedudukan. Penting bagi mereka (peniaga) untuk mewujudkan kehadiran dalam talian sebagai vendor untuk berkembang maju.

Item Type: Website
Keywords: e-dagang, Keusahawanan digital, Pencapaian cemerlang
Taxonomy: By Subject > Business & Management > Management
By Subject > Business & Management > Marketing
Local Content Hub: Subjects > Business & Management
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 05 May 2023 09:23
Last Modified: 05 May 2023 09:23
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item