Penipuan dalam talian catat aduan tertinggi KPDNHEP - Alexander

Penipuan dalam talian catat aduan tertinggi KPDNHEP - Alexander. [Newspaper] (2022)



Abstract

KUALA LUMPUR: Sejak negara dilanda pandemik COVID-19, sektor e-dagang yang semakin berkembang luas dengan kecenderungan pengguna menggunakan transaksi dalam talian, secara tidak langsung mengundang kewujudan banyak 'scammer' menggunakan taktik dan helah mengeksploitasi teknologi untuk melakukan penipuan terhadap mangsanya. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata sebahagian besar kes penipuan membabitkan kategori transaksi dalam talian selain laporan penipuan berkaitan barang tiruan, perkhidmatan dan harga mengelirukan. "Justeru, scam (penipuan) dalam konteks KPDNHEP (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna) adalah lebih kepada penipuan pembelian barangan mahupun perkhidmatan dalam talian dari segi harga mahupun barang itu sendiri, barang yang dipesan tidak sampai, iklan mengelirukan dan sebagainya," katanya dalam wawancara eksklusif dengan Bernama. Alexander berkata KPDNHEP menerima 15,957 aduan daripada pengguna bagi tempoh 1 Januari hingga 31 Julai tahun ini dan daripada jumlah itu, penipuan transaksi dalam talian mencatat aduan tertinggi dengan 4,760 kes, harga mengelirukan (4,187) dan perkhidmatan mengelirukan (3,289).

Item Type: Newspaper
Keywords: e-dagang, Transaksi dalam talian, Barang tiruan, Pemalsuan
Taxonomy: By Subject > Business & Management > Marketing
Local Content Hub: Subjects > Business & Management
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 30 May 2023 07:08
Last Modified: 30 May 2023 07:08
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item