Maybank Investment jangka dasar fiskal kurang mengembang dalam Bajet 2023

Maybank Investment jangka dasar fiskal kurang mengembang dalam Bajet 2023. [Newspaper] (2022)



Abstract

KUALA LUMPUR: Maybank Investment Banking Group menjangkakan dasar fiskal kurang mengembang dalam Bajet 2023 dengan defisit belanjawan lebih rendah kepada nisbah keluaran dalam negara kasar (KDNK) pada lima peratus di tengah-tengah kekangan fiskal. Ketua Ahli Ekonominya Suhaimi Ilias berkata kerajaan dijangka memulakan konsolidasi fiskal jangka sederhana sejajar dengan sasaran untuk menurunkan defisit bajet daripada antara enam dan 6.5 peratus daripada KDNK sejak 2020 kepada antara tiga dan 3.5 peratus menjelang 2025 mengikut Rancangan Malaysia Kedua belas (RMKe-12). "Saya rasa proses perlu bermula pada 2023, yang merupakan titik pertengahan bagi RMKe-12 dan ini juga munasabah daripada perspektif kerajaan mengenai pembaharuan fiskal dan peralihan daripada subsidi menyeluruh ketika ini kepada subsidi bersasar," katanya semasa webinar Bursa Malaysia-Maybank Sectorial Series "Why Malaysia", semalam.

Item Type: Newspaper
Keywords: Dasar fiskal, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), Defisit bajet, Pertumbuhan ekonomi
Taxonomy: By Subject > Business & Management > Economics
Local Content Hub: Subjects > Business & Management
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 30 May 2023 08:54
Last Modified: 30 May 2023 08:54
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item