Malaysia masih punya ruang fiskal urus tekanan harga

Malaysia masih punya ruang fiskal urus tekanan harga. [Newspaper] (2022)



Abstract

Kuala Lumpur: Malaysia masih mempunyai ruang fiskal untuk menguruskan cabaran tekanan harga berdasarkan nisbah hutang negara kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 60 peratus. Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata memandangkan kerajaan telah menaikkan had siling hutang statutori kepada 65 peratus daripada KDNK daripada 60 peratus sebelum ini, selain mengekalkan sasaran defisit sebanyak enam peratus daripada KDNK, masih terdapat ruang dalam ruang fiskal. "Kita mempunyai inflasi yang terkawal berbanding jiran kita dan berbanding apa yang kita lihat di seluruh dunia. Inflasi diunjurkan antara 2.2 peratus dan 3.2 peratus. "Malah, inflasi pada sekitar 2.5 peratus dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini dan itu sebahagian besarnya berikutan jumlah subsidi yang besar yang kami perkenalkan. Kami mengunjurkannya (subsidi) pada sekitar RM80 bilion; iaitu hampir kepada US$20 bilion," katanya dalam temu bual di Cable News Network (CNN) baru-baru ini.

Item Type: Newspaper
Keywords: Dasar fiskal, Had siling hutang, Inflasi
Taxonomy: By Subject > Business & Management > Economics
By Subject > Business & Management > Finance
By Subject > Business & Management > Management
Local Content Hub: Subjects > Business & Management
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 05 May 2023 09:32
Last Modified: 05 May 2023 09:32
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item