Prestasi ekonomi Malaysia atasi negara maju, serantau

Prestasi ekonomi Malaysia atasi negara maju, serantau. [Newspaper] (2022)



Abstract

KUALA LUMPUR: Ekonomi Malaysia meneruskan momentum pemulihan dengan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) bagi suku kedua 2022 mencapai pertumbuhan 8.9 peratus, lebih kukuh berbanding prestasi ekonomi beberapa negara maju dan serantau. Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata ia termasuk prestasi ekonomi China (0.4 peratus), Amerika Syarikat (1.6 peratus), Kesatuan Eropah (4.0 peratus), Singapura (4.4 peratus), Indonesia (5.4 peratus) dan Filipina (7.4 peratus). "Dengan pencapaian suku kedua 2022 itu, pertumbuhan bagi separuh tahun pertama 2022 adalah 6.9 peratus dan jangkaan suku ketiga terus kukuh. "Justeru, kerajaan yakin ekonomi Malaysia mampu mencapai unjuran KDNK rasmi 2022, iaitu di antara 5.3 peratus dan 6.3 peratus," katanya dalam satu kenyataan.

Item Type: Newspaper
Keywords: Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK), Prestasi ekonomi, Dasar fiskal
Taxonomy: By Subject > Business & Management > Economics
Local Content Hub: Subjects > Business & Management
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 11 May 2023 08:29
Last Modified: 11 May 2023 08:29
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item