Pertimbang subsidi lebih bersasar

Pertimbang subsidi lebih bersasar. [Newspaper] (2022)



Abstract

KERAJAAN akan mempertimbangkan pelaksanaan mekanisme subsidi secara lebih bersasar supaya manfaatnya ditumpukan kepada golongan yang benar-benar memerlukan bantuan. Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Mohd Shahar Abdullah berkata, inisiatif pembaharuan fiskal ini akan mengukuhkan kedudukan kewangan kerajaan di samping mewujudkan ruang fiskal. "Inisiatif pembaharuan fiskal ini bertujuan mengukuhkan kedudukan kewangan kerajaan serta mewujudkan ruang fiskal dan fleksibiliti bagi melaksanakan langkah counter-cyclical (kitaran balas) untuk terus menyokong ekonomi dan mengukuhkan daya tahan negara bagi berdepan dengan cabaran masa hadapan," katanya di sini, semalam. Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis konsultasi Bajet 2023 di Kementerian Kewangan.

Item Type: Newspaper
Keywords: Dasar fiskal, Mekanisme subsidi, Pertumbuhan ekonomi, Bajet
Taxonomy: By Subject > Business & Management > Economics
By Subject > Business & Management > Finance
Local Content Hub: Subjects > Business & Management
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 30 May 2023 09:08
Last Modified: 30 May 2023 09:08
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item