Pasukan khas jihad tangani inflasi: keberkesanan perlu libat kerjasama, mekanisma jangka panjang

Pasukan khas jihad tangani inflasi: keberkesanan perlu libat kerjasama, mekanisma jangka panjang. [Newspaper] (2022)



Abstract

KUALA LUMPUR: Keberkesanan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi perlu dilihat menerusi beberapa faktor termasuk pemberian subsidi mencapai matlamat, libat urus bersama pemain industri dan penguatkuasaan. Penganalisis Ekonomi Putra Business School (PBS), Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, kenaikan harga barang dan inflasi tidak hanya boleh dikawal dengan mengharapkan inisiatif peniaga semata-mata. "Kalau kita lihat sekarang bekalan ayam sudah stabil tetapi kita juga mahu lihat harga minyak masak botol juga diturun harganya memandangkan harga komoditi minyak masak juga jatuh. "Tetapi mengharapkan hanya peniaga sahaja untuk secara sukarela turunkan harga, ia mungkin tidak berkesan. Saya lihat peranan pasukan jihad ini untuk turun padang berjumpa dengan pemain industri dan mendapatkan komitmen mereka bagi menurunkan harga barangan kawalan ataupun menjadi permintaan yang tinggi daripada rakyat mengikut harga pasaran.

Item Type: Newspaper
Keywords: Dasar fiskal, Kos barangan keperluan, Kadar inflasi, Pasukan jihad
Taxonomy: By Subject > Business & Management > Economics
Local Content Hub: Subjects > Business & Management
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 30 May 2023 09:13
Last Modified: 30 May 2023 09:13
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item