Pembahagi ruang rumah untuk eksekutif muda

Pembahagi ruang rumah untuk eksekutif muda. Diploma thesis, Universiti Teknologi MARA, Cawangan Kedah. (2005)



Abstract

Eksekutif ialah orang atau golongan yang mempunyai kuasa dan tanggungjawab berkaitan dengan pentadbiran dan pengurusan sesuatu organisasi. Sebut sahaja eksekutif kita sudah dapat membayangkan ciri-ciri eksklusif pada diri mereka, seperti pengunaan PDA (Personal Device Assistant) dan komputer bimbit yang selalu dikaitkan dengan mereka. Walau bagaimanapun kalau dilihat dari segi keperluan lain khasnya rekaan perabot masih kurang yang benar-benar dapat mencerminkan ciri-ciri seorang eksekutif itu sendiri terutamanya bagi eksekutif muda. Didalam kediaman seseorang eksekutif, perabot juga adalah salah satu keperluan yang dapat mencerminkan tentang ciri-ciri seseorang eksekutif. Oleh itu, dari kajian yang telah dijalankan, pembahagi ruang rumah adalah salah satu perabot yang bersesuaian untuk di hiasi sebagai rekaletak ruang hiasan didalam rumah. Kajian menunjukkan bahawa tiada lagi penggunaan pembahagi ruang rumah yang lebih berkonsepkan kepada seseorang eksekutif, jadi untuk rekaan ini ia lebih mementingkan rekabentuk yang ringkas, tampak elegan dan eksklusif di mana sesuai dengan seseorang eksekutif. Dari segi saiz pembahagi ruang rumah, rekaan ini lebih bersaiz sederhana dan sesuai dengan ruang rumah seseorang itu. Ini kerana seseorang yang berperwatakan mewah gemar dengan rekaan ringkas. Selain dari itu, dari hasil kajian responden, dalam pemilihan bahan, mereka lebih mementingkan bahan yang bermutu contohnya kayu yang lebih bersifat kepada natural. Kebanyakkan pembahagi ruang rumah yang berada dipasaran kini mempunyai ruang yang banyak digunakan, rumit dan padat. Sekiranya barang-barang di letakkan dipembahagi ruang rumah, ia lebih menampakkan lagi ruang rumah yang lebih berselerak dan tidak teratur. Didalam pemilihan perabot didalam rumah, ruang juga perlu dititiberatkan bagi menampakkan kediaman yang lebih luas dan selesa. Oleh itu, rekaan yang akan dihasilkan ini lebih berimejkan kepada identiti seseorang esksekutif agar tampak ringkas,elegan dan mewah.

Item Type: Thesis (Diploma)
Keywords: Fine art, Decorative art, Interior decoration
Taxonomy: By Subject > Art & Design > Decorative Arts
By Subject > Architecture, Planning & Surveying > Interior Architecture
Local Content Hub: Subjects > Art & Design
Depositing User: Atirah Ruslan
Date Deposited: 21 Jan 2021 08:03
Last Modified: 21 Jan 2021 08:05
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item