MOTAC tetap sasaran ketibaan pelancong 9.2 juta orang tahun ini

MOTAC tetap sasaran ketibaan pelancong 9.2 juta orang tahun ini. [Newspaper] (2022)



Abstract

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menetapkan sasaran baharu ketibaan pelancong 9.2 juta orang dengan pendapatan hasil pelancongan sebanyak RM26.8 bilion pada tahun ini. Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri, berkata ia selepas negara hampir melepasi sasaran ditetapkan iaitu 3.21 juta ketibaan pelancong dan RM9.35 bilion pendapatan pelancongan direkodkan sejak Januari hingga Julai lalu, berbanding sasaran ditetapkan iaitu 4.5 juta ketibaan pelancong dengan RM11.1 bilion bagi hasil pelancongan."Pencapaian ini hanya boleh dilakukan dengan inisiatif dan insentif yang giat, termasuk membawa masuk delegasi antarabangsa melalui acara perniagaan ke negara kita sejak pembukaan semula sempadan dan pelonggaran sekatan bagi kemasukan pelawat," katanya pada majlis 7th Meet in Malaysia @ Malaysia Business Events Week 2022 di sini, hari ini. Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Biro Konvensyen dan Pameran Malaysia (MyCEB), Datuk Seri Abdul Khani Daud dan Ketua Setiausaha MOTAC, Datuk Saraya Arbi.

Item Type: Newspaper
Keywords: Industri pelancongan, Hasil pelancongan, Delegasi antarabangsa, Destinasi acara perniagaan, Sasaran pelancong
Taxonomy: By Subject > Hotel & Tourism Management > Tourism Management
Local Content Hub: Subjects > Hotel & Tourism Management
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 30 May 2023 09:29
Last Modified: 30 May 2023 09:29
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item