MOTAC, kerajaan negeri sedia terima pelancong asing. [Newspaper] (2022)
Abstract
KUALA LUMPUR: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan bekerjasama erat dengan kerajaan negeri dalam menjalankan persiapan dan persediaan bagi menerima pelancong luar negara tidak lama lagi. Ia susulan pengumuman kerajaan sempadan negara akan dibuka semula pada 1 April ini dalam usaha merancakkan semula industri pelancongan dan kebudayaan negara yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19. MOTAC dalam kenyataan berkata, hari ini kementerian sudah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Kebangsaan Pembangunan Pelancongan dan Kebudayaan (JKPPK) Bilangan 1 Tahun 2022 di ibu negara yang dipengerusikan Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri. Katanya, selain pembabitan wakil dari MOTAC, mesyuarat itu juga disertai Exco Pelancongan dan Kebudayaan serta jabatan atau agensi kerajaan negeri yang berkaitan.
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Keywords: | Industri pelancongan, Pasca pandemik, Produk pelancongan |
Taxonomy: | By Subject > Hotel & Tourism Management > Tourism Management |
Local Content Hub: | Subjects > Hotel & Tourism Management |
Depositing User: | Jamil Jawi |
Date Deposited: | 01 Jun 2023 05:11 |
Last Modified: | 01 Jun 2023 06:51 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |