Kapal pelayaran untuk golongan eksekutif

Kapal pelayaran untuk golongan eksekutif. Diploma thesis, Universiti Teknologi MARA, Cawangan Kedah. (2005)



Abstract

Sektor pelayaran merupakan salah satu bidang yang menyumbangkan kepada pertumbuhan ekonomi negara. Banyak kajian saintifik yang dilakukan bagi meningkatkan lagi kualiti dan mutu dalam sektor pengangkutan terutamanya dalam bidang pelayaran. Walau bagaimanapun, kalau dilihat dari perkembangan sains dan teknologi, penekanan terhadap aspek reka bentuk estetik, ergonomik dan teknikal masih berkurangan. Oleh itu tema ‘Pengangkutan Gaya Moden’ harus didekatkan. Sistem pengumpulan dan kajian maklumat adalah penting untuk melahirkan generasi yang bermaklumat. Maklumat yang diuruskan dengan betul dan barsesuaian dengan persekitaran yang kondusif akan menyebabkan ianya dapat diperolehi dengan cepat dan tersusun. Output yang maksimum memerlukan integrasi sepadu dari segi maklumat yang disampaikan, kualiti dan pengurusan sumber maklumat, pengurusan dan persekitaran memainkan peranan yang penting. Sebarang bentuk kekurangan maklumat hendaklah dielakkan kerana ianya akan menjejaskan produktiviti penyebaran maklumat dan menyebabkan masyarakat enggan mendapatkannya. Maklumat yang bermutu ialah maklumat yang merangkumi segala aspek iaitu dalam bidang ekonomi, sosial, politik, cara hidup dan bermacam - macam lagi.

Item Type: Thesis (Diploma)
Keywords: Reka bentuk estetik, Ergonomik
Taxonomy: By Subject > Art & Design > Computer-aided Design
By Subject > Art & Design > Decorative Arts
Local Content Hub: Subjects > Art & Design
Depositing User: Atirah Ruslan
Date Deposited: 21 Jan 2021 08:28
Last Modified: 21 Jan 2021 08:30
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item