Guna sains tingkah laku didik orang ramai perkukuh sekuriti makanan. [Newspaper] (2022)
Abstract
MENTERI Kesihatan, Khairi Jamaluddin dalam ucapannya di Persidangan Kesihatan Sedunia Sesi Ke-75 (WHA75) pada Mei lalu dilaporkan menyebut mengenai penerapan sains tingkah laku dalam menangani COVID-19 di negara ini yang terbukti berjaya. Maka, secara logiknya, perkara sama pada prinsipnya juga boleh dilaksanakan dan dijayakan dalam memperkukuhkan sekuriti makanan negara. Sains tingkah laku bererti kefahaman ke atas dinamik individu atau kumpulan untuk membantu dalam pembangunan organisasi. Kepentingan disiplin ini dipopularkan Prof Richard Thaler yang menerima Hadiah Noble (Ekonomi) pada 2017. Beliau berjaya mengurangkan jurang di antara psikologi dengan ekonomi melalui pemahaman tingkah laku ekonomi dan kewangan. Ekonomi tingkah laku mengikut beliau adalah meneliti perbezaan antara 'apa yang sepatutnya' dengan 'apa yang sebenarnya' perlu dilakukan dan apakah akibat tingkah laku itu.
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Keywords: | Sekuriti makanan, Bekalan makanan, Konsep agroekologi, Konsep buku hijau, Analisa makanan |
Taxonomy: | By Subject > Applied Sciences > Food Technology |
Local Content Hub: | Subjects > Applied Sciences |
Depositing User: | Jamil Jawi |
Date Deposited: | 01 Jun 2023 09:25 |
Last Modified: | 01 Jun 2023 09:25 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |