Labur wang simpanan RM1 juta bangunkan lokasi pelancongan terbiar

Labur wang simpanan RM1 juta bangunkan lokasi pelancongan terbiar. [Newspaper] (2022)



Abstract

KUALA KRAI: Gagal mendapat kepercayaan pihak bank untuk membuat pinjaman menyebabkannya nekad mengeluarkan semua wang simpanan untuk membangunkan lokasi pelancongan yang diambil alih. Daripada lokasi terbiar, kawasan yang dipenuhi semak samun dan beberapa chalet yang hampir roboh, kaki bukit hutan Jelawang itu kini berwajah baharu hasil percaturan pemiliknya, Mohd Yazil Elham Yahya, 47, dengan menggunakan wang simpanan selama 25 tahun bekerja. Segala kerja baik pulih dan menaik taraf lokasi ekopelancongan yang dinamakan Stong Hill Resort itu menelan kos kira-kira RM1 juta dan sejak beroperasi sepenuhnya bermula empat tahun ini, tindakan nekad Mohd Yazil membuahkan hasil. Katanya, dengan latar belakang pendidikan dalam bidang perniagaan dan pemasaran, beliau melihat kawasan sekitar Dabong, di sini mempunyai potensi besar untuk dibangunkan sebelum memulakan kerja membangunkan Stong Hill Resort pada 2018.

Item Type: Newspaper
Keywords: Industri pelancongan, Lokasi terbiar, Destinasi ekopelancongan
Taxonomy: By Subject > Hotel & Tourism Management > Tourism Management
Local Content Hub: Subjects > Hotel & Tourism Management
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 01 Jun 2023 09:27
Last Modified: 01 Jun 2023 09:27
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item