Ekopelancongan unik di Tanah Lembap Setiu

Ekopelancongan unik di Tanah Lembap Setiu. [Newspaper] (2022)



Abstract

Pelbagai tempat menarik dan unik tersedia untuk diterokai dalam negara ini. Penerokaan lokasi baharu bukan sahaja menghilangkan tekanan, malah aktiviti itu mampu memberi penambahan ilmu dan membuka minda khususnya berkaitan alam semula jadi. Terengganu antara lokasi terpilih sesuai dilawati. Saban tahun negeri Darul Iman itu menerima jutaan pelancong dari dalam dan luar negara. Tarikan ditawarkan di negeri itu memenuhi keinginan setiap genap lapisan masyarakat seperti pulau, pantai, tasik, air terjun dan lain-lain. Antara keunikannya ialah ekosistem tanah lembap Setiu atau Setiu Wetlands. Terletak kira-kira 70 kilometer dari bandar raya Kuala Terengganu, lokasi berkeluasan 23,000 hektar itu satu-satunya tanah bencah yang mempunyai sembilan ekosistem berbeza yang berada dalam satu kawasan iaitu Rimba Pesisir Air, Rimba Paya Bakau, Pulau, Sungai, Muara Sungai, lagun, laut, pesisir pantai dan Kawasan berlumpur. Kepentingan ekosistem ini, antara lain sebagai kawasan habitat semula jadi bagi beberapa spesies penting yang saling berkait. Antaranya ialah pembiakan tuntung, beberapa spesies burung, rama-rama, reptilia dan lain-lain.

Item Type: Newspaper
Keywords: Industri pelancongan, Ekopelancongan, Destinasi pelancongan, Ekosistem tanah bencah
Taxonomy: By Subject > Hotel & Tourism Management > Tourism Management
Local Content Hub: Subjects > Hotel & Tourism Management
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 01 Jun 2023 09:30
Last Modified: 01 Jun 2023 09:30
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item