Bangunkan Dataran Bandar Simanggang

Bangunkan Dataran Bandar Simanggang. [Newspaper] (2022)



Abstract

SIMANGGANG: Sebuah tapak sesuai seumpama Dataran Bandar Simanggang bagi menganjur acara seperti bazaria dan festival makanan perlu difikir untuk dibangunkan demi kepentingan sektor pelancongan Bahagian Sri Aman. Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Pesta Benak Sri Aman 2022 Elvis Didit berkata, hal ini dapat mengelak tindakan menutup jalan raya dan laluan ke kedai dalam kawasan bandar. Dengan adanya tapak seperti Dataran Bandar Simanggang, semua khemah dapat dipasang di satu tempat dan tidak berselerak seperti ketika ini. Sementara itu, Elvis turut berharap warga Sri Aman memelihara keamanan dan memperkukuh perpaduan antara kaum untuk dijadikan contoh wujudnya Keluarga Malaysia sebenar di Bahagian tersebut.

Item Type: Newspaper
Keywords: Industri pelancongan, Destinasi pelancongan, Produk pelancongan
Taxonomy: By Subject > Hotel & Tourism Management > Tourism Management
Local Content Hub: Subjects > Hotel & Tourism Management
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 02 Jun 2023 09:27
Last Modified: 02 Jun 2023 09:27
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item