Pengaruh kepelbagaian budaya seni reka masjid di negara Asia. Kupas Seni, 10 (2). pp. 46-58. ISSN 2280-4640 (2022)
Abstract
Masjid merupakan tempat ibadat umat islam yang berada di serata pelusuk dunia, masjid juga tempat melakukan aktiviti ibadah untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT. Kajian ini mengkaji pengaruh budaya dalam seni reka masjid di negera asia berdekatan menggunakan kaedah deskriptif kualitatif dan dianalisis tentang perbandingan masjid yang terpilih. Fokusnya lebih tertumpu terhadap perbandingan terhadap motif, mimbar dan mihrab masjid di negara asia terpilih seperti Masjid Besar Shah Alam, Masjid Panglima Kinta,Ipoh dan Masjid Tonson Thailand menggunakan teori semiotika. Dapatan kajian mendapati bahawa faktor tempatan berdasarkan gaya hidup tempatan, pembangunan bandar, dasar tempatan, kepercayaan tempatan, budaya tempatan, faktor luaran seperti dasar luar, dasar komersial negara, dan dasar luar negara menyebabkan terdapat perbezaan dari motif yang terdapat pada seni bina di masjid. Sejarah penubuhan masjid di suatu kawasan juga mempengaruhi penghasilan seni bina masjid yang berbeza. Antaranya melalui aktiviti perdagangan dari negara luar seperti penganut Hindu-Buddha dan kristian telah memberi pengaruh terhadap penghasilan motif pada seni bina masjid. Penggunaan motif pada seni bina masjid membawa makna simbolik, iaitu berdasarkan ciri budaya dan cara hidup yang sangat berkaitan dengan jiwa penduduk setempat serta membawa manifestasi seni dan Islam. Kajian ini membuktikan bahawa manifestasi perhiasan tradisional memang memainkan peranan penting bukan sahaja dalam menyebarkan makna simbolik tetapi juga mewakili sejarah, kepercayaan, dan latar belakang orang Melayu tempatan.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Pengaruh, Budaya, Seni reka, Masjid, Asia |
Taxonomy: | By Subject > Art & Design > Visual Culture Studies |
Local Content Hub: | Subjects > Art & Design |
Depositing User: | Munirah Mohd Izzan (KABS, Puncak Alam) |
Date Deposited: | 12 Sep 2022 08:41 |
Last Modified: | 12 Sep 2022 08:41 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |