Turunkan cukai taman tema kepada 10 peratus

Turunkan cukai taman tema kepada 10 peratus. [Newspaper] (2022)



Abstract

PETALING JAYA: Kerajaan disaran menurunkan kadar cukai taman tema kepada 10 peratus bagi membantu merancakkan kembali sektor pelancongan domestik dan antarabangsa. Ahli Dewan Negara, Mohd. Hisamuddin Yahaya berkata, kadar yang dikenakan terhadap premis itu ketika ini ialah sebanyak 25 peratus, iaitu sama dengan cukai kelab malam. “Saya ingin bertanya kepada menteri mengapakah cukai taman tema dikenakan sebanyak 25 peratus, sedangkan taman tema merupakan tempat riadah bersama keluarga. Oleh itu, saya mencadangkan agar cukai yang dikenakan hanya 10 peratus sahaja,” katanya di Dewan Negarahari ini. Cukai pelancongan adalah cukai Persekutuan yang dikenakan terhadap pelancong asing yang menginap di premis penginapan berbayar di seluruh Malaysia dengan kadar RM10 sebilik/semalam.

Item Type: Newspaper
Keywords: Industri pelancongan, Destinasi pelancongan, Taman tema, Cukai hiburan, Cukai pelancongan
Taxonomy: By Subject > Hotel & Tourism Management > Common Areas
By Subject > Hotel & Tourism Management > Tourism Management
Local Content Hub: Subjects > Hotel & Tourism Management
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 02 Jun 2023 09:31
Last Modified: 02 Jun 2023 09:31
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item