Usahawan perlu kuasai kemahiran digital

Usahawan perlu kuasai kemahiran digital. [Newspaper] (2022)



Abstract

Tasek Gelugor: Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) menyarankan usahawan luar bandar melengkapkan diri dengan menguasai kemahiran digital dalam menghadapi persaingan perniagaan yang semakin kompetitif. Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata ia berikutan dunia sentiasa mengalami perubahan dan pemacu asas ke arah perubahan adalah tranformasi digital iaitu penggunaan teknologi digital dalam urusan perkhidmatan atau perniagaan. "Usahawan digalakkan untuk menghadiri latihan dan program peningkatan kemahiran digital bagi memastikan produk yang dipasarkan dapat menarik perhatian malah beralih kepada pemasaran secara digital kini adalah norma baharu dalam perniagaan. "Memasarkan produk di media sosial sahaja tanpa strategi dan kemahiran berkemungkinan tidak memberi impak yang berkesan, sebab itu KPLB menyediakan kursus dan bimbingan digital bagi membantu usahawan luar bandar dalam memasar, menambah baik mutu dan kualiti produk untuk memulakan perniagaan dalam talian termasuk menyediakan platform DesaMall@KPLB," katanya kepada pemberita, di sini, malam tadi.

Item Type: Newspaper
Keywords: Usahawan luar bandar, Kemahiran digital, Pemasaran digital, Platform pemasaran
Taxonomy: By Subject > Business & Management > Human Resource
By Subject > Business & Management > Marketing
Local Content Hub: Subjects > Business & Management
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 10 Jul 2023 09:15
Last Modified: 10 Jul 2023 09:15
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item