Koperasi perlu beralih kepada pemasaran dalam talian. [Newspaper] (2022)
Abstract
KUCHING: Gerakan koperasi Malaysia mengambil peluang untuk bergerak ke arah pendigitalan dalam operasi dan pengurusan, seiring dengan situasi semasa. Pelan Transformasi Koperasi Malaysia 2021-2025 (TransKom) merupakan dokumen strategik yang menggariskan langkah-langkah transformasi bagi memperkasakan gerakan koperasi di Malaysia. Dengan adanya pelan ini, ia dapat menjadi faktor pemangkin kepada pertumbuhan sosioekonomi Malaysia yang lebih seimbang, inklusif, progresif dan juga mampan. Menurut Ahli Jawatankuasa Kumpulan Perniagaan Koperasi Kelestarian (SCBG), Dr Azlina Bujang, pergerakan koperasi perlu beralih kepada pemasaran dalam talian iaitu tempat ia berdaya maju berbanding perniagaan konvensional pada ketika ini. “Dasar strategik untuk mentransformasikan model perniagaan bercorak tradisional ke moden berteraskan teknologi adalah amat signifikan kepada kelestarian model perniagaan koperasi yang berdaya saing. “Pemasaran digital ini amat penting kerana ia berpotensi untuk menjadikan perniagaan sehingga ke peringkat global,” katanya.
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Keywords: | Pemasaran digital, Pemasaran dalam talian, Platform perniagaan, Media sosial |
Taxonomy: | By Subject > Business & Management > Management By Subject > Business & Management > Marketing |
Local Content Hub: | Subjects > Business & Management |
Depositing User: | Jamil Jawi |
Date Deposited: | 10 Jul 2023 09:21 |
Last Modified: | 10 Jul 2023 09:21 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |