Perdagangan Sarawak, China naik lebih RM27 bilion

Perdagangan Sarawak, China naik lebih RM27 bilion. [Newspaper] (2022)



Abstract

KUCHING: Jumlah dagangan antara Sarawak dan China meningkat kepada RM27.045 bilion pada tahun lepas. Perkara itu dimaklumkan oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg sambil memberitahu jumlah eksport dari Sarawak ke China berjumlah RM18.633 bilion pada tahun yang sama. Beliau berkata, jumlah tersebut diperoleh berdasarkan statistik Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan (MINTED). “Ia adalah eksport dagangan kami, terutamanya berdasarkan komoditi termasuk LNG (gas asli cecair) galian minyak. Bagi import dagangan pula tidak banyak, hanya sebanyak RM8.4 bilion. “Ia mungkin disebabkan China mempunyai penduduk yang besar menjadikan eksport ke China kecil manakala Sarawak mempunyai populasi kecil makanya import jadi kecil. “Namun begitu kita mempunyai sumber, dan saya pasti Duta Khas Perdana Menteri ke China, Datuk Sri Ting King Sing akan terus mempromosikan Sarawak ke China,” katanya. Beliau berkata demikian semasa majlis makan malam Ulang Tahun ke-48 Hubungan Diplomatik Malaysia-China (KCTIE) dan Pesta Pertengahan Musim Luruh di Restoran Shangri-La di sini, malam Ahad.

Item Type: Newspaper
Keywords: Perdagagan antarabangsa, Eksport, Perdagangan dua hala
Taxonomy: By Subject > Business & Management > Management
By Subject > Business & Management > Marketing
Local Content Hub: Subjects > Business & Management
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 14 Jul 2023 09:17
Last Modified: 14 Jul 2023 09:17
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item