Dagangan Malaysia-China bakal catat rekod tertinggi

Dagangan Malaysia-China bakal catat rekod tertinggi. [Newspaper] (2022)



Abstract

KUALA LUMPUR: Perdagangan dua hala antara Malaysia-China dijangka mencapai rekod tertinggi baharu dengan pelaksanaan Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP), menurut Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Lim Ban Hong. Beliau berkata, perdagangan akan tetap berkembang walaupun impak pandemik COVID-19 dan ketidaktentuan global yang disebabkan oleh krisis geopolitik sedang berlaku. "Perangkaan perdagangan China terkini menunjukkan perdagangan Malaysia-China secara menyeluruh dalam tempoh lapan bulan pertama 2022 telah mencecah AS$131.21 bilion, berkembang 21.1 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu," katanya dalam ucapan pembukaan Dialog Meja Bulat Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan China-ASEAN (Cabis) ke-19 antara Malaysia dan ketua-ketua pegawai eksekutif dari China. Pada 2021 sahaja, sebanyak 43 projek perkilangan telah diluluskan dari China bernilai AS$3.98 bilion, menjana hampir 14,000 peluang pekerjaan di Malaysia.

Item Type: Newspaper
Keywords: Perdagagan antarabangsa, Perdagangan dua hala, Pasaran global, Kerjasama perniagaan
Taxonomy: By Subject > Business & Management > Economics
By Subject > Business & Management > Management
Local Content Hub: Subjects > Business & Management
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 10 Jul 2023 09:34
Last Modified: 10 Jul 2023 09:34
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item