MITI kenal pasti lima sektor tarik lebih ramai pelabur. [Newspaper] (2022)
Abstract
KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) mengenal pasti lima sektor utama di bawah inisiatif Aspirasi Pelaburan Nasional (NIA) yang mampu menarik lebih ramai pelabur asing untuk melabur sama ada melalui penyelidikan dan pembangunan atau kemudahan pembuatan menggunakan teknologi baharu. Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, berkata sektor berkenaan adalah elektrik dan elektronik (E&E), farmaseutikal, ekonomi digital, aeroangkasa dan kimia. "Lima sektor ini adalah antara sektor pertumbuhan ekonomi baharu yang dikenal pasti ketika kita merangka NIA dan ia selari dengan hasrat inisiatif NIA iaitu memfokuskan kepada pelaburan berimpak tinggi dan berteknologi. "Melalui inisiatif ini, peluang pekerjaan berkualiti dan berkemahiran tinggi akan tercipta untuk rakyat tempatan dan memperkukuhkan daya saing negara," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Perdana MITI dan Agensi 2022 di sini, hari ini.
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Keywords: | Perdagagan antarabangsa, Aspirasi Pelaburan Nasional (NIA), Pelabur asing, Pertumbuhan ekonomi |
Taxonomy: | By Subject > Business & Management > Management By Subject > Business & Management > Marketing |
Local Content Hub: | Subjects > Business & Management |
Depositing User: | Jamil Jawi |
Date Deposited: | 14 Jul 2023 08:37 |
Last Modified: | 14 Jul 2023 08:37 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |