Faiz Aniq azam layak ke sukan SEA Kemboja

Faiz Aniq azam layak ke sukan SEA Kemboja. [Newspaper] (2022)



Abstract

KUALA LUMPUR: Selepas meraih pingat emas dalam kelas bebas pada Sukan Malaysia (SUKMA) XX MSN 2022, pesilat Pahang, Faiz Aniq Fazly mengimpikan untuk menyertai skuad kebangsaan sekali gus mewakili negara pada Sukan SEA Kemboja, tahun depan. Begitupun, pesilat dari Temerloh itu berkata, dia mungkin perlu menurunkan berat badannya untuk bertanding dalam kelas lebih bersesuaian pada saingan peringkat Asia Tenggara nanti, iaitu temasya yang pernah disertai jaguh dunia empat kali, Al-Jufferi Jamari dalam kelas E ataupun F. Al-Jufferi yang mengumumkan persaraannya tahun ini dan membantu pasukan silat pada SUKMA kali ini bukanlah nama asing buat Faiz memandangkan jaguh persilatan negara itu juga adalah 'orang negerinya' dan dia sememangnya menaruh harapan untuk menggantikan tempat idolanya itu. "Saya memang nak ke Sukan SEA," kata Faiz yang bakal menyertai Kejuaraan Kebangsaan selepas ini. "Namun saya kena menurunkan berat badan sebab kelas bebas ini seperti tidak sesuai dengan saya.

Item Type: Newspaper
Keywords: Pasukan silat, SUKMA, Skuad kebangsaan
Taxonomy: By Subject > Sports Science & Recreation > Martial Arts
By Subject > Sports Science & Recreation > Sports Management
Local Content Hub: Subjects > Sports Science & Recreation
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 20 Jul 2023 09:25
Last Modified: 20 Jul 2023 09:25
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item