Membangunkan fitur reka bentuk dan susun atur poster kesedaran dengan gabungan emoji

Membangunkan fitur reka bentuk dan susun atur poster kesedaran dengan gabungan emoji. Idealogy Journal, 7 (2). pp. 85-97. ISSN 2550-214X (2022)



Abstract

Poster kesedaran dengan gabungan emoji telah digunakan secara meluas dalam menyampaikan mesej yang berbentuk khidmat masyarakat atau lebih dikenali sebagai Public Service Announcement (PSA). Ia merupakan salah satu alternatif yang sering digunakan bagi menyampaikan mesej atau pesanan kepada masyarakat. Mesej melalui medium poster sebegini dapat disebarkan dengan meluas samaada secara bercetak atau secara digital. Oleh itu, terdapat pelbagai susun atur poster yang dihasilkan mengikut cita rasa masing-masing tanpa mengikut spesifikasi yang sepatutnya. Kajian ini akan mengenalpasti apakah fitur-fitur reka bentuk susun atur yang bersesuaian, lebih mudah dibaca serta menarik minat pembaca. Kajian ini menggunakan kaedah metodologi yang berasaskan rujukan literatur, oleh itu data yang dikumpulkan adalah melalui pelbagai sumber literatur dan temu bual bersama pakar rujuk.

Item Type: Article
Keywords: Emoji, Poster, Public Service Announcement (PSA), Susun atur
Taxonomy: By Subject > Art & Design > Digital Illustration
Local Content Hub: Subjects > Art & Design
Depositing User: Fauzi Badiran (KABS, Puncak Alam)
Date Deposited: 11 Oct 2022 06:53
Last Modified: 11 Oct 2022 06:53
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item