Skuad silat ubah corak pertarungan. [Newspaper] (2022)
Abstract
KUALA LUMPUR: Kem latihan pusat terakhir pasukan silat selama dua minggu di Langkawi baru-baru ini digunakan oleh pihak kejurulatihan melakukan 'eksperimen' terhadap sistem peraturan baharu yang diklasifikasikan sebagai lebih terbuka dan ekstrim. Peraturan baharu ini mula dipersetujui oleh badan naungan antarabangsa pada 2020 dan mula dipraktikkan di Kejohanan Silat Asia Tenggara di Singapura pada Februari lalu yang menyaksikan pelbagai corak permainan dipamerkan pencabar terdekat. Selain Malaysia dan tuan rumah, kejohanan edisi kelapan itu turut menyaksikan penyertaan Thailand, Indonesia dan Vietnam yang menyaksikan Singapura muncul juara keseluruhan dengan sembilan emas, sembilan perak dan lima gangsa. Vietnam yang bakal menjadi tuan rumah Sukan SEA di Hanoi bulan depan muncul selaku naib juara dengan sembilan emas, dua perak dan tiga gangsa manakala Indonesia berada di tangga ketiga, tiga emas, dua perak dan empat gangsa.
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Keywords: | Silat, Pertahanan diri, Corak permainan, Peraturan baharu |
Taxonomy: | By Subject > Sports Science & Recreation > Martial Arts By Subject > Sports Science & Recreation > Sports Management By Subject > Sports Science & Recreation > Sports Science |
Local Content Hub: | Subjects > Sports Science & Recreation |
Depositing User: | Jamil Jawi |
Date Deposited: | 16 Jun 2023 09:29 |
Last Modified: | 16 Jun 2023 09:29 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |