Penganjuran 1000 liga mampu lahir bakat seperti Datuk Lee Chong Wei

Penganjuran 1000 liga mampu lahir bakat seperti Datuk Lee Chong Wei. [Newspaper] (2022)



Abstract

KUALA LUMPUR – Penganjuran program 1000 liga yang dilangsungkan pada ketika ini dilihat satu inisiatif terbaik oleh Kementerian Belia dan Sukan Negara (KBS), sekali gus mampu menjadi pencetus bagi melahirkan bakat-bakat baharu terutama di peringkat daerah terpencil di negara ini. Program 1000 liga yang tertumpu pada acara sukan individu dan sedang berlangsung sejak Ogos dan berakhir pada penghujung Oktober ini nanti telah berjaya menarik kira-kira 100,000 penyertaan seluruh negara. Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Senator Datuk Seri Ti Lian Ker percaya, gerakkan 1000 liga ini dapat memberi peluang kepada atlet-atlet daerah kecil yang berpotensi untuk membuktikan kemampuan bakat-bakat terpendam, sekali gus mampu melahirkan permata seperti jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei. “1000 liga merupakan inisiatif membudayakan sukan terutama melalui gerakan pertandingan sukan dalam komuniti sukan. Liga ini juga diadakan di semua peringkat akar umbi terutama di daerah, negeri dan kebangsaan.

Item Type: Newspaper
Keywords: Penganjuran sukan, Bakat baharu, Komuniti sukan
Taxonomy: By Subject > Sports Science & Recreation > Sports Management
Local Content Hub: Subjects > Sports Science & Recreation
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 14 Jul 2023 09:42
Last Modified: 14 Jul 2023 09:42
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item