Bajet 2023: harapan ke arah 'Negara Sukan' 2025

Bajet 2023: harapan ke arah 'Negara Sukan' 2025. [Newspaper] (2022)



Abstract

KUALA LUMPUR - Suatu anjakan baharu perlu dibuat dalam Bajet 2023 jika mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘Negara Sukan’ menjelang 2025, menurut seorang penganalisis sukan tempatan. Datuk Dr Pekan Ramli berkata, impian itu sukar dicapai jika Bajet 2023 hanya meneruskan trend terdahulu antaranya memberi tumpuan kepada sukan berprestasi tinggi, selain peruntukan bagi membina, menaik taraf dan menyelenggara kemudahan sukan. Katanya, bagi merealisasikan impian tersebut, ia melibatkan dana yang lebih besar melangkaui apa yang telah diberikan dengan mengambil kira aspek penganjuran acara sukan di peringkat antarabangsa sebagai perkara penting. "Peruntukan yang besar sebenarnya perlu diberi kerajaan supaya kita dapat menarik pelbagai acara sukan peringkat antarabangsa untuk dianjurkan di negara kita. Banyak negara yang sanggup membawa pelbagai kejohanan di negara masing-masing dan berulang kali jadi tuan rumah, sebagai contoh China. "Jadi ini (tujuan anjur kejohanan antarabangsa) bukan sahaja sebab ingin meningkatkan kualiti sukan negara tetapi sebenarnya nak bawa impak ekonomi selain memberi minat yang berterusan kepada setiap rakyat,” katanya ketika dihubungi.

Item Type: Newspaper
Keywords: Negara sukan, Acara sukan, Kemudahan sukan
Taxonomy: By Subject > Sports Science & Recreation > Sports Management
Local Content Hub: Subjects > Sports Science & Recreation
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 21 Jul 2023 09:18
Last Modified: 21 Jul 2023 09:18
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item