Maraton bukan sekadar larian

Maraton bukan sekadar larian. [Newspaper] (2022)



Abstract

GENG ‘kaki lari’ kini sudah mula mengatur langkah selepas pelbagai aktiviti dibenarkan termasuk penganjuran acara maraton Tidak hairanlah jadual untuk mereka yang cintakan sukan larian padat sehingga Disember tahun ini dan segala macam acara sudah terpampang di pelbagai platform. Sama ada di sekitar ibu negara sehinggalah ke Perlis dengan membabitkan acara jalan raya mahupun laluan denai, acara-acara yang diadakan sentiasa menerima sambutan hangat. Sebabnya, banyak. Jujur saya katakan penganjuran acara maraton lebih-lebih lagi dalam skala besar sebenarnya bukan sekadar larian. Di sinilah tempat berkumpulnya keluarga mahupun rakan-rakan dalam satu kelompok pengamal gaya hidup sihat yang tafsirannya bukan sekadar untuk tubuh semata-mata, sebaliknya melibatkan kesihatan mental. Selain itu, penganjuran acara maraton terutama secara besar-besaran juga mempunyai pengisian tersendiri dan pelari bukan sekadar sembang kosong sebagaimana di kedai kopi Rata-rata yang datang dalam acara sebegini sibuk berkongsi pengalaman, catatan masa terbaik ataupun tips larian dengan rakan-rakan seperjuangan di samping aktiviti sampingan. Saya juga pasti majoritinya sibuk memuat naik gambar larian dan menunjukkan betapa awesomenya gaya hidup baharu mereka. Tidak mengapa kerana sedikit sebanyak membantu menarik minat sesiapa sahaja untuk menyertai sukan paling murah dan sihat ini.

Item Type: Newspaper
Keywords: Sukan larian, Marathon, Gaya hidup sihat
Taxonomy: By Subject > Sports Science & Recreation > Health & Fitness
By Subject > Sports Science & Recreation > Sports Management
Local Content Hub: Subjects > Sports Science & Recreation
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 24 Jul 2023 08:40
Last Modified: 24 Jul 2023 08:54
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item