kajian lokasi makam Hang Tuah. [Video] (2022)
Abstract
Vlogmentary ini akan menceritakan dan mengkaji tentang keberadaan Makam Hang Tuah. Kisah mengenai Hang Tuah ditulis 200 tahun selepas kejatuhan empayar Melaka. Watak Hang Tuah adalah lambang ikon adiwira Melayu.
Kajian yang dibuat oleh UPM baru baru ini mendapati jejak terakhir beliau adalah di Temasik pada 1511 ketika beliau berumur 80 tahun. Bagaimanapun, dakwaan lain mencadangkan pahlawan itu mungkin telah berpindah ke Riau, Indonesia sebelum mengakhiri hidupnya di Palembang disokong dengan dakwaan penduduk tempatan yang menemui makamnya di sana.
Terdapat banyak tuntutan mengenai makam Hang Tuah. Ada yang mengatakan makam Hang Tuah di Melaka, Palembang, Bandar Maharani, Muar, dan banyak tempat lagi. Kami akan fokus kepada tiga tuntutan sahaja iaitu di Palembang, Kuala Muar dan Tanjung Kling, Melaka.
Ingin mengetahui tentang Kajian Lokasi Makam Hang Tuah dengan lebih lanjut? Mari tonton video ini.
Pengkaji:
Nadia Nur Zulaiqa Mohammad Hazrin
Siti Nur Athira Haripen
Nurul Aisya Amri
Penasihat Projek:
Pun Azwin Aksan
Item Type: | Video |
---|---|
Keywords: | Heritage, Hang Tuah, Makam Hang Tuah |
Taxonomy: | By Subject > Hotel & Tourism Management > Tourism Management |
Local Content Hub: | Subjects > Art & Design |
Depositing User: | Munirah Mohd Izzan (KABS, Puncak Alam) |
Date Deposited: | 07 Nov 2022 03:48 |
Last Modified: | 07 Nov 2022 03:48 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |