Tan Rouxin ratu kolam renang SUKMA ke-20

Tan Rouxin ratu kolam renang SUKMA ke-20. [Newspaper] (2022)



Abstract

KUALA LUMPUR: Perenang wanita Johor, Tan Rouxin layak dinobatkan sebagai ratu kolam renang Sukan Malaysia (SUKMA) 2022 selepas memenangi keseluruhan enam pingat emas pada temasya kali ini. Pada hari terakhir renang dipertandingkan, sebentar tadi, Rouxin merekodkan emas keenam peribadinya selepas mengungguli acara 100 meter (m) kuak lentang dengan catatan masa 1:05.19 saat (s) dalam aksi yang berlangsung di Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil. Perenang berusia 16 tahun itu mengatasi atlet Wilayah Persekutuan, Chong Xin Lin yang meraih perak (1:05.55s) dan gangsa milik Kelly Teo Yao dari Sarawak (1:07.41s). Rouxin berharap pencapaian luar biasa yang dilakarnya pada penampilan pertama di temasya SUKMA kali ini dapat membuka peluang untuk dia diserap dalam skuad kebangsaan bagi membawa cabaran Malaysia di pentas antarabangsa.

Item Type: Newspaper
Keywords: SUKMA, Sukan renang, Skuad kebangsaan, Perenang wanita
Taxonomy: By Subject > Sports Science & Recreation > Outdoor Recreation
By Subject > Sports Science & Recreation > Sports Management
Local Content Hub: Subjects > Sports Science & Recreation
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 24 Jul 2023 08:45
Last Modified: 24 Jul 2023 08:45
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item