Kejohanan golf Ansara bantu pelajar B40

Kejohanan golf Ansara bantu pelajar B40. [Newspaper] (2022)



Abstract

KUALA LUMPUR: Kejohanan golf sempena 50 tahun penubuhan MRSM (Maktab Rendah Sains Mara) bukan saja bermatlamat mengeratkan tali silaturahim antara ahli Ansara, sebaliknya berusaha membantu pelajar keluarga B40 yang masih menuntut di seluruh negara. Kejohanan sehari yang berlangsung di Kota Seriemas Golf & Country Club dekat Nilai semalam menarik penyertaan kira-kira 140 pemain daripada ahli Ansara, Persatuan Bekas Pelajar MRSM Malaysia. Antara VIP yang menyertai kejohanan itu bekas Presiden Maybank, Tan Sri Abdul Farid Alias yang juga bekas pelajar MRSM Seremban. "Di samping mengeratkan silaturahim antara ahli-ahli Ansara dari pelbagai MRSM, kejohanan ini juga menyumbang RM3,000 khususnya kepada pelajar MRSM dari golongan B40. Ini salah satu usaha kami untuk berbakti kepada MRSM," kata jurucakap Ansara, Ir Mohd Iwan Jefry Abdul Majid.

Item Type: Newspaper
Keywords: Penganjuran acara sukan, Kejohanan golf, Bekas pelajar MRSM, Kutipan dana
Taxonomy: By Subject > Sports Science & Recreation > Sports Management
Local Content Hub: Subjects > Sports Science & Recreation
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 24 Jul 2023 08:53
Last Modified: 24 Jul 2023 08:53
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item