Belanjawan 2023 tak sempat lulus sebelum PRU-15?

Belanjawan 2023 tak sempat lulus sebelum PRU-15? [Newspaper] (2022)



Abstract

PETALING JAYA: Desas-desus Dewan Rakyat bakal dibubarkan dalam masa terdekat sekali gus menimbulkan persoalan sama ada Belanjawan 2023 sempat diluluskan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) atau sebaliknya. Hal ini wujud cakap-cakap mengatakan pembubaran Parlimen antara Oktober dan November ini sedangkan tarikh terakhir sidang Dewan Rakyat dan Dewan Negara masing-masing pada 29 November dan 22 Disember untuk memberi ruang pembahasan dan undian belanjawan dalam kalangan wakil-wakil rakyat. Sekiranya Parlimen dibubarkan tidak lama kemudian selepas pembentangan bajet pada 7 Oktober nanti, pengumuman itu akan dilihat hanya sekadar atas kertas sahaja. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, secara logiknya tempoh dua bulan diperlukan berbahas dan meluluskan belanjawan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara sebelum dibawa kepada per­kenan Yang di-Pertuan Agong. “Selepas perbahasan perlu dijalankan pengundian bagi setiap kementerian dan belanjawan keseluruhan negara juga adalah wajib dijalankan undian supaya RUU Perbekalan atau belanjawan itu selepas diluluskan oleh Dewan Rakyat akan dibentangkan untuk kelulusan Dewan Negara sebelum menjadi undang-undang.

Item Type: Newspaper
Keywords: Pembubaran Parlimen, Belanjawan 2023, Pentadbiran kewangan
Taxonomy: By Subject > Administrative Science & Policy Studies > Administrative Science
Local Content Hub: Subjects > Administrative Science & Policy Studies
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 24 Jul 2023 09:10
Last Modified: 24 Jul 2023 09:10
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item