Dakwaan ekonomi Malaysia gagal tidak berasas

Dakwaan ekonomi Malaysia gagal tidak berasas. [Newspaper] (2022)



Abstract

KUALA LUMPUR: Dakwaan ekonomi negara gagal adalah tidak berasas, tegas Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz. Beliau berkata, sejak pandemik COVID-19 melanda negara, Malaysia telah berjaya mengharungi pelbagai cabaran, terutamanya dari segi memastikan pemulihan ekonomi, kesejahteraan hidup rakyat, serta kelangsungan perniagaan.
Katanya, faktor seperti ketegangan geopolitik di antara Amerika Syarikat (AS) dan China, peperangan yang berlarutan di Ukraine dan fenomena perubahan iklim telah mengganggu rantaian bekalan yang meningkatkan harga komoditi dan makanan, lantas menyebabkan tekanan kepada kadar inflasi dan sekuriti makanan di pelbagai negara di dunia, termasuk Malaysia. Jelasnya, walaupun pelbagai aspek luaran sangat mencabar sejak awal 2022, dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan telah berjaya membantu ekonomi Malaysia pulih, terutamanya sektor yang terjejas teruk semasa pandemik COVID-19 seperti pelancongan, peruncitan dan penerbangan.

Item Type: Newspaper
Keywords: Prestasi ekonomi, Pertumbuhan ekonomi, Pelaburan langsung asing (FDI)
Taxonomy: By Subject > Business & Management > Economics
Local Content Hub: Subjects > Business & Management
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 25 Jul 2023 09:29
Last Modified: 25 Jul 2023 09:29
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item