Bajet 2023 fokus tangani inflasi, kos sara hidup

Bajet 2023 fokus tangani inflasi, kos sara hidup. [Newspaper] (2022)



Abstract

KUALA LUMPUR: Bajet 2023 dijangka terus memberi tumpuan merangsangkan pertumbuhan ekonomi dan pada masa sama mengekang impak inflasi dan peningkatan kos sara hidup terhadap rakyat, terutama golongan rentan, kata ahli ekonomi. Penganalisis Ekonomi Putra Business School (PBS), Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff melihat Bajet 2023 akan meneruskan pola bajet sebelumnya iaitu belanjawan berkembang dan bersifat defisit. Beliau berkata, ia akan menjadi bajet terbesar dalam sejarah disebabkan beberapa faktor iaitu bajet terakhir sebelum pilihanraya umum (PRU) dan juga keperluan untuk memastikan ekonomi negara tidak berisiko mengalami kemelesetan sepertiberlaku di Amerika Syarikat (AS) sekarang. Pada masa sama, katanya, wujud keperluan untuk memberi bantuan menyeluruh kepada rakyat terutama golongan rentan dan B40 yang menghadapi suasana sukar akibat kenaikan kos sara hidup merangkumi harga barangan dan perkhidmatan.

Item Type: Newspaper
Keywords: Bajet kewangan, Impak inflasi, Kos sara hidup, Golongan rentan
Taxonomy: By Subject > Business & Management > Economics
Local Content Hub: Subjects > Business & Management
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 10 Aug 2023 04:38
Last Modified: 10 Aug 2023 04:38
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item