Bajet 2023 mungkin dibentang lebih awal. [Newspaper] (2022)
Abstract
KUALA LUMPUR: Kerajaan dijangka membentangkan Bajet 2023 lebih awal berikutan pilihan raya umum dijangka semakin hampir, menurut CGS-CIMB. Katanya, bajet pilihan raya yang bercirikan pengembangan dijangka akan dikeluarkan dengan isu seperti Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dijangka akan ditangani selepas pilihan raya oleh kerajaan baharu. "Kenyataan Pra-Bajet dikeluarkan awal pada tahun ini pada 3 Jun berbanding 31 Ogos pada tahun lalu, menekankan pelan kerajaan untuk lebih banyak subsidi bersasar walaupun butiran mengenainya masih belum dikeluarkan. "Kenyataan Pra-Bajet tidak menyatakan prospek pelaksanaan semula GST. Berdasarkan sensitiviti itu, kami tidak menjangka kerajaan akan komited kepada GST walaupun kemungkinan kita akan menyaksikan kembalinya cukai itu dalam satu bentuk atau yang lain," katanya dalam nota penyelidikan hari ini.
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Keywords: | Bajet kewangan, Dasar fiskal |
Taxonomy: | By Subject > Business & Management > Economics |
Local Content Hub: | Subjects > Business & Management |
Depositing User: | Jamil Jawi |
Date Deposited: | 10 Aug 2023 05:17 |
Last Modified: | 10 Aug 2023 05:17 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |