Kempen pemasaran Tropicana dapat sambutan hebat. [Newspaper] (2022)
Abstract
PETALING JAYA: Kempen pemasaran Multi-Million Mania oleh Tropicana Corporation Bhd menyaksikan kejayaan yang memberangsangkan sepanjang tempoh kempen bermula 21 Januari sehingga 17 Jun lalu. Pengarah Urusan Pengurusan Aset Kumpulan Tropicana dan Tropicana Gardens Mall, Andrew Ashvin, berkata kempen selama enam bulan itu berjaya menjana RM524.2 juta tempahan hartanah dan RM10.7 juta jualan runcit. Beliau berkata, ia juga menarik lebih daripada 5,600 peserta bagi pertandingan bertuah yang menawarkan hadiah Edelweiss SOFO di Tropicana Gardens bernilai RM519,000. "Kami gembira dengan sambutan positif terhadap Multi-Million Mania, yang dilancarkan sebagai cara memberi kembali kepada pelanggan dan komuniti Tropicana. Kempen itu, bersempena dengan pengalaman unik membeli belah turut mendorong lonjakan kunjungan ke Tropicana Gardens Mall.
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Keywords: | Strategi pemasaran, Pembangunan hartanah, Imej jenama |
Taxonomy: | By Subject > Business & Management > Marketing |
Local Content Hub: | Subjects > Business & Management |
Depositing User: | Jamil Jawi |
Date Deposited: | 25 Jul 2023 09:37 |
Last Modified: | 25 Jul 2023 09:37 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |