Bursa Malaysia kekal bawah 1,400 mata. [Newspaper] (2022)
Related URLs:
Abstract
KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia tidak banyak berubah ketika mengakhiri dagangan minggu ini pada Jumaat dengan aliran urus niaga turun naik sepanjang sesi hari ini. Pada 5 petang, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.87 mata atau 0.21 peratus kepada 1,394.63 daripada 1,397.50 pada akhir dagangan semalam. Indeks penanda aras itu dibuka turun 2.21 mata kepada 1,395.29 dan seterusnya bergerak dalam jajaran 1,390.41 dan 1,402.23 sepanjang hari ini. Di pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi untung iaitu 462 berbanding 358 manakala 408 kaunter lain tidak berubah, 1,155 tidak diniagakan dan 37 lain digantung dagangannya.
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Keywords: | Bursa saham, Indeks saham utama |
Taxonomy: | By Subject > Business & Management > Finance |
Local Content Hub: | Subjects > Business & Management |
Depositing User: | Jamil Jawi |
Date Deposited: | 28 Jul 2023 07:52 |
Last Modified: | 28 Jul 2023 07:52 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |