Bajet 2023 gagal pacu kenaikan bursa Malaysia. [Newspaper] (2022)
Abstract
KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup rendah dengan indeks utama (CI) susut 1.02 peratus disebabkan kekurangan minat belian ketika pelabur mencerna pengumuman Bajet 2023 yang dibentangkan hari ini, selain akibat jualan besar-besaran global, menurut seorang penganalisis. Pada jam 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 14.43 mata kepada 1,406.00 berbanding 1,420.43 yang dicatatkan pada Khamis. Indeks penanda aras, yang dibuka 1.36 mata adalah lebih baik pada 1,421.79, bergerak antara 1,405.18 dan 1,421.90 sepanjang hari ini. Kelebaran pasaran adalah negatif dengan kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 425 berbanding 291, manakala 459 kaunter tidak berubah, 1,172 tidak diniagakan dan tujuh yang lain digantung.
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Keywords: | Bajet kewangan, Dasar fiskal, Pasaran saham |
Taxonomy: | By Subject > Business & Management > Economics By Subject > Business & Management > Finance |
Local Content Hub: | Subjects > Business & Management |
Depositing User: | Jamil Jawi |
Date Deposited: | 10 Aug 2023 05:42 |
Last Modified: | 10 Aug 2023 05:42 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |