Saham Cosmos bermula mantap di pasaran ACE

Saham Cosmos bermula mantap di pasaran ACE. [Newspaper] (2022)



Abstract

KUALA LUMPUR: Cosmos Technology International Bhd membuat penampilan sulung yang kukuh di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada harga 50 sen hari ini, premium sebanyak 15 sen berbanding harga tawaran awam permulaan (IPO) sebanyak 35 sen. Pada loceng pembukaan, kaunter menyaksikan 7.98 juta saham bertukar tangan. Sebelum ini, penyedia penyelesaian teknologi air bersepadu untuk industri air dan air sisa serta minyak dan gas telah disenaraikan di Pasaran LEAP antara 9 Mac 2020 dan 10 November 2021 sebelum melakukan penyahsenaraian secara sukarela untuk memudahkan pemindahannya ke Pasaran ACE. Pengarah Urusan Cosmos, Datuk Chong Toh Wee, berkata syarikat itu menjangka permintaan kukuh daripada pelanggan baharu dan sedia ada untuk produk logam fabrikasinya yang digunakan dalam sektor minyak dan gas memandangkan harga minyak mentah kekal menarik.

Item Type: Newspaper
Keywords: Saham syarikat, Pertumbuhan pendapatan, Keuntungan
Taxonomy: By Subject > Business & Management > Finance
Local Content Hub: Subjects > Business & Management
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 01 Aug 2023 07:33
Last Modified: 01 Aug 2023 07:33
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item