Tambat ringgit akan bebankan rakyat - Tengku Zafrul

Tambat ringgit akan bebankan rakyat - Tengku Zafrul. [Newspaper] (2022)



Abstract

KUALA LUMPUR: Penyelesaian drastik seperti tambatan ringgit atau kawalan modal dalam menangani kelemahan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) akan menyulitkan lagi dasar monetari. Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata penyelesaian yang diperdebatkan banyak pihak juga dilihat membebankan rakyat dengan kos pembiayaan lebih tinggi serta menggugat keyakinan pelabur terhadap negara. "Barangan Malaysia mendapat permintaan dan asas ekonomi kita juga kukuh. Keadaan ini pada akhirnya akan mengukuhkan semula ringgit. "Negara tidak memerlukan penyelesaian kuno seperti tambatan mata wang atau kawalan modal. Ini adalah langkah berisiko yang tidak lagi membuahkan hasil," katanya ketika menyampai ucapan penutup Khazanah Megatrends 2022 di sini, hari ini.

Item Type: Newspaper
Keywords: Nilai matawang, Dasar monetari, Kawalan modal, Pengurusan risiko kewangan
Taxonomy: By Subject > Business & Management > Finance
Local Content Hub: Subjects > Business & Management
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 01 Aug 2023 07:37
Last Modified: 01 Aug 2023 07:37
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item